Sunday, January 27, 2008

Biografi : Diri Saya

Nama saya Ahmad Azman Bin Muhammad.Tarikh Lahir saya ialah bulan 11.Tempat saya lahir di Selangor.Umur saya 10 tahun.Saya tinggal di Batu 4.Alamat rumah saya Pt 231,Batu 4,Jalan Hamid,12600,Kuala Krai,Perak.Nama ibu saya Nur Hamdah Binti Ahmad.Bapa saya bernama Muhammad Bin Abdul Lutfi.Jumlah adik-beradik saya dalam keluarga ialah 5 orang.Bangsa saya ialah Melayu.

Saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Qari di Kubang Kerian.Nama rakan saya ialah Azhar,Asyraf dan Syakir.Mata pelajaran yang saya minati ialah Matamatik.Faedah kegemaran saya ialah membaca buku.

Perkara yang saya selalu lakukan dirumah ialah menolong ibu saya dan bapa saya.Impian saya akan menjadi anak yang soleh.Sukan yang saya minati ialah badminton dan bolasepak.Warna yang saya suka ialah warna oren dan kuning.Makanan yang saya gemari ialah nasi air dan nasi goreng Cina.

Saturday, January 26, 2008

Laporan

Hari Anugerah Cemerlang 2001 Sekolah Kebangsaan Sri Skudai,Johor Bharu.

Majlis Hari Anugerah Cemerlang peringkat sekolah kebangsaan sri skudai bagi tahun 2001 ini telah diadakan pada hari Ahad 21 Oktober 2001 bertempat di dewan Tun Hussien Onn.Majlis dimulakan jam 8.00pagi dan ucapan perasmian dilakukan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bharu.

Tetamu khas yang turut hadir pada hari tersebut ialah Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sri Skudai,guru-guru besar,murid-murid cemerlang 5A tahun 2000 dan ibubapa muridyang menerima hadiah.Turut hadir ialah wakil akhbar Metro.

Sebanyak 60 orang murid menerima hadiah cemerlang pencapaian kelas dan 25 orang murid tahun 6 pada tahun 2000 yang mendapat 5A telah menerima wang tunai RM50.00 serta sijil.

30 OKTOBER 2001

Disediakan Oleh,
Faisal
(Muhd Faisal Bin Abdullah)

Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Sri Skudai,
Johor Bharu.

Syarahan : Cara-Cara Meningkatkan Mutu Sukan Di Malaysia

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru besar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Cara-cara meningkatkan mutu sukan di Malaysia".

Mutu sukan dinegara kita semakin merosot.Saya berharap pihak yang bertanggungjawab haruslah berusaha untuk meningkatkan mutu sukan di Malaysia.

Suatu ketika dahulu,pasukan bola sepak kita pernah menjadi buah mulut dan digeruni di rantau ini.Bintang-bintang bola sepak seperti Datuk Soh Chin Ann dan Syed Bakar.Jaguh-jaguh badminton seperti Misbun,Razif,Rashid,dan Hafiz Hashim.




Hadirin sekalian,

Pelbagai cara boleh dilakukan seperti memperbanyakkan aktiviti sukan di sekolah dan mengadakan pelbagai pertandingan di peringkat negeri atau negara dengan tujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru.

Akhir kata,Saya berharap kita sama-sama berganding bahu untuk memajukan sukan negara kita.

Friday, January 25, 2008

Dialog : Anak Yang Baik

Ahmad : Awak sedang buat apa,Rosli?

Rosli : Saya sedang berehat.Sebenarnya,saya baru selesai menyapu daun-daun kering di halaman rumah.

Ahmad : Mengapa awak pula yang menyapu? Ibu awak mana?

Rosli : Ibu saya tidak sihat,sebab itulah saya yang menyapu.Lagipun,kerja ini bukanlah berat sangat.

Ahmad : Betul kata kamu,Rosli.Sebagai anak,kita patut menolong ibu dan bapa kita.

Rosli : Awak pula dari mana,Ahmad?

Ahmad : Saya baru balik dari gerai bapa saya di pasar tani.Saya balik dahulu sementara bapa saya mengemas gerai.

Rosli : Ibu dan bapa kita sudah bersusah payah menjaga kita.Jadi tidak patut kita tidak menolong mereka.

Ahmad : Saya setuju dengan pendapat awak.

Rosli : Ayah awak bekerja sebagai apa?

Ahmad : Ayah saya berkerja sebagai penjual.Ayah awak pula berkerja sebagai apa Rosli?

Rosli : Ayah saya pula berkerja sebagai jurutera.

Ahmad : Rosli saya hendak balik.Kerana hari sudah gelap.

Rosli : Saya pun hendak balik juga.Jom kita jalan sama-sama.

Kepentingan Perpustakaan

Perpustakaan amat penting kepada semua orang.Tidak kira kanak-kanak,remaja dan dewasa.Di perpustakaan terdapat pelbagai jenis buku,ada buku cerita,buku cerita dongeng dan lain-lain lagi.Anda juga boleh pinjam buku dari perpustakaan.



Pada hari rabu yang lepas,saya pergi ke perpustakaan dengan ayah saya.Saya dan ayah saya pergi ke perpustakaan awam.Saya membaca buku cerita dongeng.Ayah saya meminjam buku kisah nabi Muhammad S.A.W.

Saya pun pulang ke rumah saya untuk membaca buku yang saya pinjam.Saya membaca dengan tenang.Tiba-tiba saya tertidur.Emak saya menggerakan saya.Saya pun hendak pergi ke perpustakaan dengan izin mak saya.Saya memberi buku yang saya pinjam dengan perpustakaan.

Pada hari Sabtu yang lalu.Saya pergi perpustakaan sekolah SRI Al-Qari.Saya membaca buku cerita dongeng dengan gembira.Saya juga membawa buku kisah binatang liar.Saya mengambil pengajaran daripada kisah binatang liar.Saya mengambil pengajaran daripada kisah bintang liar.Lalu saya pun tertidur.Cikgu menggerak saya.Saya pun bangun.Akhir kata perpustakaan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat.

Musim Buah-Buahan Di Kampung Saya

Pada hari Rabu yang lepas,kami sekeluarga telah pergi ke dusun datuk saya.Dusun itu terletak di Pahang.Kami pergi kesana dengan menaiki kereta Nissan Sentra.

Sesampainya disana,kami disambut oleh datuk.Dusun datuk saya amat luas.Di dusun itu terdapat pokok rambutan,pokok durian,pokok langsat,pokok duku dan lain-lain lagi.

Pada tahun ini,pokok durian di dusun datuk saya berbuah lebat.Saya dan abang saya menolong datuk saya mengumpul buah durian yang telah gugur.Buah durian mempunyai kulit yang tajam tetapi rasanya manis.Isinya berwarna kuning.



Saya juga tidak melepaskan peluang untuk memanjat pokok rambutan,tiba-tiba saya terkena duri.Saya pun berlari dengan laju.Sampai dirumah datuk saya.Saya pun mengambil ubat.Saya menitiskan ubat dan menggosok dengan tangan.

Saya juga sayangkan datuk saya.Saya hendak balik ke rumah saya.Saya ingin pergi ke dusun datuk saya tetapi ayah saya hendak balik ke rumah.Saya dan semua keluarga saya.Kecuali datuk saya dan nenek saya.Saya juga tidak melupakan dusun datuk saya.Saya juga sempat mengambil buah rambutan dan durian.

Permainan Yang Saya Gemari

Di negara kita terdapat berbagai jenis permainan tradisional.Antaranya ialah congkak,gasing,sepak raga dan wau.

Dalam banyak-banyak permainan ini,saya amat meminati permainan badminton kerana ia amat bagus bagi saya.Saya juga bermain dengan abang saya dan orang dewasa.Badminton ialah permainan yang saya amat gemari.

Saya juga perlukan tenaga untuk bermain badminton.Permainan badminton berasal daripada India.


Surat Kepada Ayah(Surat Kiriman Tidak Rasmi)

Ahmad Syakir B.Muhammad
No.514 Taman Wira, 13000 Teluk Air Tawar,
Pulau Pinang.

16-Februari 2003

Menemui ayahanda yang dikasihi,semoga beroleh kesejahteraan hendaknya.

Ayahanda,

Apa khabar keluarga disana? Anakanda berharap semuanya berada dalam keadaan sihat.Anakanda disini sihat-sihat sahaja.

Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk meminta kebenaran ayahanda untuk meminta kebenaran ayahanda untuk menyertai rombongan yang diadakan oleh persatuan di sekolah anakanda.Rombongan ini akan diadakan pada 1 Mac 2003.Kami akan melawat tempat menarik sekitar Pulau Langkawi.

Untuk tujuan tersebut anakanda memerlukan wang RM30.00 sebagai bayaran tambang dan penginapan.Anakanda juga memerlukan wang saku.Anakanda benar-benar berharap ayahanda dapat membenarkan anakanda menyertai rombongan itu.

Akhir kata,sambutlah salam rindu daripada anakanda untuk ayahanda,bonda dan adinda disana.
Sekian terima kasih.


Anakanda,
Ahmad Syakir

Mimpi Yang Menyeramkan

Malam itu hujan turun renyai-renyai.Saya baru sahaja selesai belajar di kelas tambahan.Suasana sekeliling sungguh gelap dan sunyi.Tiba di sebatang pokok buluh.Tiba-tiba saya terdengar suara tangisan.Saya pun terjumpa sebuah rumah banglo.Dan saya masuk saya kata assalamualaikum.Tiba-tiba saya mendengar suara orang menjerit.



Saya pun masuk rumah banglo itu.Saya pun ternampak mata merah dan jubahnya berwarna hitam dia pun mengejar saya.Saya lari sekuat hati.Nama saya dipanggil banyak kali.

Saya pun terdengar emak saya dan ayah saya memanggil saya.Saya pun terjatuh dari katil rupa-rupanya saya bermimpi.

Amalan Hidup Sihat

Yang Mulia Tuan Pengurusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Amalan Hidup Sihat".

Hadirin yang dihormati,

Kita perlu mengamalkan cara hidup yang sihat.Dengan amalan hidup yang sihat,kita akan hidup bahagia dan sejahtera.

Disini saya ingin menggariskan beberapa amalan hidup yang sihat seperti bermain,bersukan,bersenam dan lain-lain lagi.Kita perlu bersukan dan bersenam untuk badan yang sihat dan cergas.

Kita perlu makan-makanan yang bersih.Kita juga perlu makan-makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.Selain sayur-sayuran kita juga perlu makan buah-buahan dan minuman seperti air susu,air milo dan lain-lain lagi.

Oleh itu,saya menyeru kepada semua marilah kita sama-sam mengamalkan amalan hidup sihat.Sekian,terima kasih.

KARANGAN DARJAH EMPAT

1. Amalan Hidup Sihat

2. Mimpi Yang Menyeramkan

3. Surat Kepada Ayah

4. Permainan Yang Saya Gemari

5. Musim Buah-Buahan Di Kampung Saya

6. Kepentingan Perpustakaan

7. Dialog: Anak Yang Baik

8. Syarahan

9. Laporan

10. Biografi : Diri Saya

11. Surat Kiriman Tidak Rasmi

12. Pengalaman Disekolah Baru Saya

13. Surat Kiriman Rasmi

14. Surat Kiriman Rasmi

15. Dialog : Dusun Buah-Buahan

16. Keburukan Televisyen Kepada Para Pelajar

17. Dialog : Perbualan

18. Bermalam Di Hutan

19. Berita : Seorang Kanak-Kanak Terbunuh Dijalan Raya

20. Majlis Hari Lahir Saya

21. Aku Menghadiri Majlis Perkahwinan Saudaraku

22. Syarahan : Menghargai Persahabatan

23. Berita : Banjir

24. Persiapan Menghadapi Peperiksaan

25. Sahabat Karibku