Friday, January 25, 2008

Dialog : Anak Yang Baik

Ahmad : Awak sedang buat apa,Rosli?

Rosli : Saya sedang berehat.Sebenarnya,saya baru selesai menyapu daun-daun kering di halaman rumah.

Ahmad : Mengapa awak pula yang menyapu? Ibu awak mana?

Rosli : Ibu saya tidak sihat,sebab itulah saya yang menyapu.Lagipun,kerja ini bukanlah berat sangat.

Ahmad : Betul kata kamu,Rosli.Sebagai anak,kita patut menolong ibu dan bapa kita.

Rosli : Awak pula dari mana,Ahmad?

Ahmad : Saya baru balik dari gerai bapa saya di pasar tani.Saya balik dahulu sementara bapa saya mengemas gerai.

Rosli : Ibu dan bapa kita sudah bersusah payah menjaga kita.Jadi tidak patut kita tidak menolong mereka.

Ahmad : Saya setuju dengan pendapat awak.

Rosli : Ayah awak bekerja sebagai apa?

Ahmad : Ayah saya berkerja sebagai penjual.Ayah awak pula berkerja sebagai apa Rosli?

Rosli : Ayah saya pula berkerja sebagai jurutera.

Ahmad : Rosli saya hendak balik.Kerana hari sudah gelap.

Rosli : Saya pun hendak balik juga.Jom kita jalan sama-sama.

No comments: